Raya + UPSR.

Assalamualaikum....

Lepas solat jumaat ni aku dah balik 'kampung'. kampunglah sangat padahal KL je. huhuhu. ibu and ayah aku lahir dekat KL. so dorang orang kl lah. tapi aku, my lovely kakak jijah, and budak keding tu orang kedah sbb masa kitaorg lahir ibu ayah duduk kedah. ok stop bout that.


Semalam last sekolah. aku tauu sekolah korang cuti hari rabu kan? tapi sekolah aku tak ambil tapi takpe. dalam mood rajin-rajin ni pegi je ah. lepastu ada assembly. masa tu macam biasalah, cikgu berucap apa semua. lepastu ada penyampaian hadiah for budak-budak darjah 6. aku dah takut dah. haha. tapi tunggu punya tunggu, ada gak terselit nama azizah rahiemah kan? alhamdulillah. sekolah bagi badge. tapi tahun-tahun sebelumnya, selalunya bagi vest but pengawas sekolah dah pakai vest. nanti macam mana kan.

lepastu untuk yang mumtaz pulak. aku tak dapat. classmates aku smua dapat kecuali aku, aiman dengan redha. jealous tengok dorang pakai 2 badge dan akhirnya air mata ini pun jatuh. sadis sungguh. tapi taktau hal sekecil tu pun aku nangis. mungkin malu kot. im the only girl yang tak pakai. lepastu salam-salam cikgu. masa tu pun aku tengah sebak lagi. masa turn aku salam ustazah aziah. lepastu aku sembamkan muka dekat tudung dia and nangis macam org gila. hehehe. gedik betul. lepastu dekat ustazah asmah pun sama. tu lagi laaaa lama gila aku nangis. maybe sebab dia mentor aku kot. malu je budak laki tengok.


abaikan gambar tu.  so dikesempatan ini, saya, Azizah yang comel dan baik, ingin mngucapkan selamat hari raya kepada awak yang tengah baca ni. maaf kalau ada terkasar bahasa ke tergurau secara kasar ke tergedik sana sini ke apa ke. saya pun hamba Allah yang buat silap. so maafkanlah saya. dan doakanlah saya dapat 5A dan mumtaz. can ah? can ah? 


Ok dah. babababai. ceh panjang gila.



Ragam manusia.

Assalamualaikum readers.


Lama tak update blog. rinduuuuuuu. haha. sorry sebab private blog. but who cares? aku lagi suka macam ni daripada tenung je new post tu. haih . eh nak tanya, someone miss me? erk? kalau rindu tenunglah mukaku yang semakin lebar ni. eh muka lebar ye?

in case kalau lelaki tengok gambar ni, jangan lama-lama. makruh weh makruh. eh makruh eh? 


hari sabtu , minggu lepas , berbuka dekat rumah pakcik nani.*dulu aku ingat dia perempuan. nani? erk? sepupu belah ayah aku ni , kebanyakan pandai-pandai. so aku ade sorang cousin yg masyaAllah mulut dia, yang sama umur. Lepas je berbuka , biasalah. kitaorg cerita-cerita. she got 5B. bukan nak buka aib org, tp mcm lawak. dia ckp pun gelak-gelak je. Tapi takpe ah, dia tu pianist. hebat gila main piano.

sooooo yeah, lari topic aku ni. oh fyi, title tu takde pape pun. taktau nak buat title apa.  haritu trial enn enn , paper 1 bi I , I dapat 39 per40 youuu. eh riak ke mende ni. dahlah sama dengan diaaa. teacher pun tau. oh mengapaaaaa kenapaaaaa ini berlaku. teacher selalu usik kitaorg. padahal manada pape pun.  lepastu biasalah kan kawan-kawan, fuyooooooo fuyooooo. lepastu aku pun gelak la. lepastu teacher kata dekat dia, "suka awak ye." 'dia' tu anak murid kesayangan teacher.kalau BI , sikit-sikit nama dia naik.

next , haritu trial PSRA and tak habis lagi. Isnin ni baru habis. Lepastu haritu kertas BA ada masalah sikit kat sekolah kitaorg. kan dari selangor. lepastu ditangguhkan pukul 11. pukul 11 pun ditangguhkan tapi ganti dengan pra-percubaan upsr yang sekolah buat. dahlah BI paper 2. and paper tu pun macam, takboleh susah lagi ke? lepastu sambung dengan paper 1. keluar je dewan, Anis datang kat aku. "Zizah pinjam kertas. Nak cek." pastu aku, kau pahal? ingat aku betul semua ke? yelah kan dpt 39.*jeling* well kitaorg memang mcm tu, kalau pasal result mesti bergaduh. dan disini aku nak menegaskan bahawa*ceh* aku taksuka la orang pandang aku macam tu. maybe aku dpt markah tu nasib je? balqis selalu marah kalau aku cakap nasib, dia selalu cakap aku ni tak yakin dengan sendiri. entah...... yang penting aku taksukalah orang macamtu, last-last pra-percubaan menurun ke ape ke , weh malu weh. dulu riak bagai nak gila, sekarang?

you know what, benci lah macam tu. haritu exam pertengahan tahun  sains aku dpt A. markah lebih sikit dari Aiman. dia kata nak lawan. lepastu gerak gempur aku menurun. ya Allah mana nak letak muka.

satu lagi baban, ustaz-ustazah suka cabar untuk dapat mumtaz. okay fine, aku memang agak tak pandai kalau subjek PSRA. Dari jayyid ke jayyid jiddan. dar jayyid jiddan ke mumtaz. ya Allah bantulah hambamu. that moment apabila objektif tajwid aku mendapat 16 per 20. malu sangat. nasib baik ada kawan.

cukup ah sampai sini. tak guna jugak aku tulis panjang-panjang. macam boleh dapat semua yang aku nak tu kan? so aku akan update lagi untuk raya. insyaAllah. tunggu yea? babai.