Raya + UPSR.

Assalamualaikum....

Lepas solat jumaat ni aku dah balik 'kampung'. kampunglah sangat padahal KL je. huhuhu. ibu and ayah aku lahir dekat KL. so dorang orang kl lah. tapi aku, my lovely kakak jijah, and budak keding tu orang kedah sbb masa kitaorg lahir ibu ayah duduk kedah. ok stop bout that.


Semalam last sekolah. aku tauu sekolah korang cuti hari rabu kan? tapi sekolah aku tak ambil tapi takpe. dalam mood rajin-rajin ni pegi je ah. lepastu ada assembly. masa tu macam biasalah, cikgu berucap apa semua. lepastu ada penyampaian hadiah for budak-budak darjah 6. aku dah takut dah. haha. tapi tunggu punya tunggu, ada gak terselit nama azizah rahiemah kan? alhamdulillah. sekolah bagi badge. tapi tahun-tahun sebelumnya, selalunya bagi vest but pengawas sekolah dah pakai vest. nanti macam mana kan.

lepastu untuk yang mumtaz pulak. aku tak dapat. classmates aku smua dapat kecuali aku, aiman dengan redha. jealous tengok dorang pakai 2 badge dan akhirnya air mata ini pun jatuh. sadis sungguh. tapi taktau hal sekecil tu pun aku nangis. mungkin malu kot. im the only girl yang tak pakai. lepastu salam-salam cikgu. masa tu pun aku tengah sebak lagi. masa turn aku salam ustazah aziah. lepastu aku sembamkan muka dekat tudung dia and nangis macam org gila. hehehe. gedik betul. lepastu dekat ustazah asmah pun sama. tu lagi laaaa lama gila aku nangis. maybe sebab dia mentor aku kot. malu je budak laki tengok.


abaikan gambar tu.  so dikesempatan ini, saya, Azizah yang comel dan baik, ingin mngucapkan selamat hari raya kepada awak yang tengah baca ni. maaf kalau ada terkasar bahasa ke tergurau secara kasar ke tergedik sana sini ke apa ke. saya pun hamba Allah yang buat silap. so maafkanlah saya. dan doakanlah saya dapat 5A dan mumtaz. can ah? can ah? 


Ok dah. babababai. ceh panjang gila.



No comments: