Assalamualaikum.
Pagi
Sampai je sekolah dah ramai dah datang dengan beg yang besornye . macam nak pergi seminggu tapi tolong faham . orang perempuan kan .tapi lelaki pun sama je*garu kepala . dorang bawak bagasi. yes bagasi . tengok saya . stylo je bawak beg liverpool dengan beg yang im not a plastic beg. dalam beg tu ada lagi satu bag. hihi. saya bawak apa yang perlu je . bukan macam dorang. bawak blanket la , bantal la . ape la. eh awok. tau tak. kita nampak dia ngintai kita ah. haha. tak suka ah wak. kalau nak jumpa dengan kita datang je lah. haha . eh lama tau kami tunggu ustaz Hanif sampai. dalam 9.30 baru dia sampai . sebelum dia sampai kitaorang kemas mestin , khemah . lepas ustaz datang kitaorang masukkan beg semua tu lah. saya , anis , balqis , lina dengan dayah naik teacher ema punya kereta. dah nak keluar tu saya mesej mak saya lepastu dia call and guess what? menangis. lepastu semua call mak dia. balqis dia mesej mak dia mak dia tak reply pun. mesti ah sedih. kitaorang buat acara leleh ramai-ramai. semua menangis and the winer is ... Azizah la. memang. saya nangis macam apa je. teacher kata " takpe. teacher kan ade"
Tengah hari
Kami sampai dalam 1.30. group sekolah yang paaaaling lambat datang. malu tau. masa datang tu dorang dah makan. makanan kat sana sedap tau (Y) sarapan , kudapan , tengah hari , minum petang , makan malam , makan sebelum tidur. memang awesome. lepas makan , solat zuhur. nama pun mukhayyam. memang la jaga solat kan. lepastu ustaz Hanif keluarkan beg kitaorang lepastu letak je kat bawah. then hujan turun. bayangkan. lepastu ade taklimat. kena lantik penghulu dan penghuluwati. penghulu dia handsome. nama dia Adi tapi percayalah. playboy. heh. ex gf dia yang bg tau saya tau . sekarang dengan budak darjah 5. penghuluwati nurin. baik jugak macam Adi. lepastu ade pembahagian kumpulan. kumpulan puteri islam , pbsm dengan pengakap. kumpulan saya takde kawan sekolah. sedih.
Petang
Lepas habis je taklimat semua budak sekolah saya tu , lari ambik beg. basah kot beg kami. lepastu solat asar , minum petang. lepastu siap siap kan diri untuk kawad. kami naikkan khemah. eh eh kami naikkan khemah sebelum solat zuhur. khemah kami basaah. tapi takde lah sangat. lepastu kena kawad kot. entahlah. lupa. sorry. hihi.
Malam
Mandi. Masya-Allah. ramai betul orang. dahlah saya tak bawak kain batik. saya , balqis , anis , dayah dengan lina tak mandi. lepas mandi tu ade solat maghrib. lepastu ade ceramah. lepas ceramah solat isya'. lepastu kami ada kembara malam. best :D lagi lagi kembara malam ni ikut sekolah. Habib pandai betul tengok map. mulamula dia bagi soalan. soalan kami jawapan dia 2 so kitaorang kena pegi checkpoint 2. dekat sana ada 2 orang abang kachak. kachak la sangat. kitaorang sampai dulu dari sekolah yg lain. memang best. haha. mula mula dia koyakkan surat khabar lepastu kena buat puzzle sampai abang tu puas hati. mula mula buat dia suruh terbalikkan pulak. kami pun terbalikkanlah. nasib lah kan. lepastu kena nyanyi yang adam idris tu kan. lepaatu dapat soalan. jawapan dia 3. pegi checkpoint 3. uuuu. dalam kot. checkpoint 3, 2 orang kakak yang jaga. garang kot. dia suruh musahabah diri. lepastu ikut dia nyanyi. checkpoint tu ajar kita supaya fokus. ceh ceh. chekpoint 1 kakak jugak. soalan takde dekat dia. dia cuma tanya sukan apa yg haram. lepastu kami jadi group yang first sampai tapi kami dapat ceramah secara free. malaslah nak cerita.
uuuuu. panjangnya entry. InsyaAllah esok sambung hari yg kedua pulak k. baibai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment